8,000 penjawat awam Pahang terima saguhati RM1,200 seorang - Utusan Malaysia

8,000 penjawat awam Pahang terima saguhati RM1,200 seorang

WAN ROSDY Wan Ismail (berdiri) ketika membentangkan Bajet Pahang 2022 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seramai 8,000 penjawat awam di negeri ini bakal menerima wang saguhati sebanyak RM1,200 setiap seorang yang akan dibayar bermula pada minggu ketiga Januari tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembayaran itu membabitkan peruntukkan RM9.6 juta.

“Sebagai penghargaan kepada penjawat awam, kerajaan negeri bersetuju memberi insentif RM1,200 kepada setiap penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri bagi semua gred,” katanya ketika membentangkan Bajet Pahang 2022 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Selain itu, Wan Rosdy turut mengumumkan beberapa bayaran insentif lain termasuk bayaran bantuan sekali bayar (one-off) RM250 kepada 300 penyelia dan petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) seluruh negeri ini. 

“Bayaran insentif ini membabitkan peruntukkan RM75,000 sebagai mengiktiraf komitmen pekerja, pendidik dan pengasuh Orang Kurang Upaya (OKU) sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan kepada golongan terbabit.

“Seterusnya, kerajaan negeri memperuntukkan RM280,000 untuk melaksanakan Program Anggun Niaga yang menyediakan bantuan kewangan one-off bernilai RM1,000 setiap seorang membabitkan 280 usahawan kecil ibu tunggal di seluruh negeri,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri turut prihatin terhadap warga emas dan memperuntukkan RM10 juta melalui Kad Kesihatan Warga Emas yang akan memanfaatkan 18,000 penerima.

“Kerajaan negeri juga mewujudkan Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri Pahang dan memperuntukkan RM150,000 kepada jawatankuasa ini bagi melaksanakan program pembangunan dan kesejahteraan di setiap daerah,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN