[VIDEO] 10 maut, 29 masih hilang bot dinaiki PATI karam - Utusan Malaysia

[VIDEO] 10 maut, 29 masih hilang bot dinaiki PATI karam

PASUKAN penyelamat berusaha untuk menterbalikkan bot yang karam di pesisiran pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sekurang-kurangnya 10 terbunuh manakala 29 lagi pendatang asing tanpa izin (PATI) hilang selepas bot dinaiki mereka karam akibat cuaca buruk di Tanjung Balau, kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.

Setakat ini, mangsa yang ditemukan meninggal dunia di pantai melibatkan empat lelaki dan enam wanita, sementara 21 individu terdiri daripada 19 lelaki dan dua wanita pula selamat.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima laporan kejadian itu daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar.

Katanya, bomba memaklumkan telah menerima maklumat daripada Markas Taktikal Tanjung Sepang mengenai penemuan bot tersebut bersama mangsa di pantai Tanjung Balau.

“Berdasarkan maklumat awal, dianggarkan seramai 60 orang PATI berada di dalam bot berkenaan, 21 orang dilapor selamat dan 10 mayat telah ditemukan pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM), manakala nasib 29 mangsa masih tidak diketahui.

“Maritim Malaysia telah mengaktifkan Op Carilamat pada pukul 8.50 pagi dan mengatur gerak pesawat AW 139 AGUSTA, kapal KM Tegas dan bot Petir 50 bagi mengesan dan mencari baki mangsa yang terlibat,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi BBP Bandar Penawar, PgB Al-Hasra Mohamed berkata, seramai tujuh anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada pukul 7.40 pagi.

Katanya antara agensi lain terlibat dalam operasi itu adalah seramai 40 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Jarak bot adalah 20 meter daripada pantai. Terdapat 60 orang mangsa yang dilaporkan terlibat dalam nahas tersebut.

“Operasi pencarian turut dibantu ATM dan tindakan semasa yang dilakukan adalah menterbalikkan bot untuk memastikan tiada mangsa yang terperangkap,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya