UPM ke-27 dalam QS Asia University Rankings 2022 - Utusan Malaysia

UPM ke-27 dalam QS Asia University Rankings 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya memperkukuhkan kedudukan sebagai universiti terbaik apabila berjaya melangkah naik ke tangga ke-27 dalam QS Asia University Rankings 2022 berbanding tahun lalu yang meletakkan mereka di tangga ke-28.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata, kejayaan yang dicapai oleh UPM adalah berkat usaha daripada semua staf dan pelajar yang komited dalam menjalankan tanggung jawab mereka.

DR MOHD. ROSLAN SULAIMAN

 

 

 

Menurutnya, kejayaan tersebut meletakkan universiti itu sebagai institut pengajian tinggi kedua terbaik di negara ini dan membenarkan pusat pengajian itu melakar sejarah berjaya membuat lonjakan berturut-turut sepanjang lapan tahun.

“Walaupun negara menghadapi pandemik Covid-19 yang sedikit sebanyak mempengaruhi operasi sektor pendidikan tinggi tetapi perkara ini tidak menghalang UPM untuk mengekalkan prestasi.

“Namun, dengan adanya pembudayaan norma baharu dalam pembelajaran dan pengajaran, serta penyelidikan dan inovasi UPM berjaya mengharungi cabaran dan mencapai kejayaan ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Merujuk kepada pencapaian dalam QS Asia University Rankings 2022, antara 11 indikator penilaian yang membuktikkan UPM layak memegang panggilan itu adalah indikator International Research Network yang berada di tangga ke-11 terbaik Asia.

Mohd. Roslan berkata, indikator kedudukan itu penting bagi meningkatkan keunggulan reputasi global UPM serta menjadi satu elemen rujukan bagi universiti memantapkan lagi perancangan hala tuju melalui pembentukan Pelan Strategik UPM 2021-2025 yang baharu yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Indikator membawa maksud kepada petunjuk yang bekerja sebagai sesuatu alat yang dapat memberikan maklumat khusus tentang kedudukan atau keadaan sesuatu.

Sebelas indikator yang digunakan untuk penilaian QS Asia University Rankings adalah academic reputation, employer reputation, citations per paper, papers per faculty, faculty/student ratio, international faculty, international student, International Research Network, faculty staff with PhD, inbound exchange student dan outbound exchange student.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya