JASIN: Tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Jasin dilihat bakal terlepas daripada genggaman berikutan calon dipilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini didakwa tidak memenuhi kehendak masyarakat dan akar umbi di kawasan terbabit. Setiausaha UMNO Bahagian Jasin, Datuk Abdul Kalam Hassan berkata, rata-rata masyarakat dan ahli mula menunjukkan rasa resah dan kurang senang apabila mendapat tahu melalui media sosial berhubung senarai calon yang…










