TNB serah zakat perniagaan kepada MAINS - Utusan Malaysia

TNB serah zakat perniagaan kepada MAINS

TUANKU Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir (tiga dari kanan) bersama cek zakat perniagaan yang diserahkan TNB kepada MAINS dalam satu majlis di Istana Hinggap, Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mencemar dulu menyaksikan penyerahan zakat perniagaan daripada Tenaga Nasional Bhd. (TNB) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), hari ini.

Majlis penyerahan zakat berjumlah RM1,857,470.68 berlangsung di Istana Hinggap di sini.

Ia disampaikan oleh Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin dan diterima oleh Pengerusi MAINS, Datuk Dr. Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun: Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab Malik dan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad.

Sementara itu, Aminuddin mengucapkan terima kasih kepada TNB kerana menunaikan tanggungjawab korporat tersebut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN