‘Terima kasih TMJ’ - Utusan Malaysia

‘Terima kasih TMJ’

IRFAN BAKTI ABU SALIM ditemubual selepas tamat perlawanan.- IHSAN KUCHING CITY FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kuching City FC mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana layanan baik yang diberikan dan membenarkan pasukan itu berpangkalan di Pasir Gudang dalam saingan Liga Malaysia, musim ini. 

Jurulatih Kuching City, Irfan Bakti Abu Salim berkata, pasukan itu berterima kasih kepada Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana membenarkan mereka bermain di Pasir Gudang serta menggunakan kemudahan di situ.

“Saya bukan hendak membodek tetapi kami dapat kemudahan kelas satu terutama padang latihan dan permainan,” katanya selepas perlawanan Piala Malaysia menentang Perak FC di sini semalam.

Menurutnya, Kuching City sudah berada di Semenanjung hampir setahun dengan menjadikan Pasir Gudang sebagai gelanggang sendiri.

“Tidak ada dalam sejarah sebuah pasukan terpaksa beraksi 25 perlawanan di luar kawasan sendiri. Sudah tentu pemain rindukan kampung halaman selepas begitu lama berada di luar.

“Jadi pemain saya memang menunggu detik untuk bermain perlawanan terakhir di Kuching. Walaupun perlawanan ini tanpa penonton tetapi pemain tetap gembira bermain di kandang sendiri.

“Selepas bermain 20 perlawanan Liga Perdana dan lima perlawanan Piala Malaysia di Semenanjung, kami akhirnya dapat beraksi di gelanggang sendiri. Pemain gembira dapat juga bermain di tempat sendiri,” katanya.

Irfan berkata, anak buahnya mengecap kegembiraan berganda dengan mengutip kejayaan pertama dalam kancah Piala Malaysia musim ini.

“Kami diundi dalam kumpulan sukar bersama tiga pasukan Liga Super. Jadi saya gembira dengan pencapaian kami ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya