Tengkujuh: MAFI pastikan bekalan makanan cukup - Utusan Malaysia

Tengkujuh: MAFI pastikan bekalan makanan cukup

HASLINA Abdul Hamid menunjukkan asparagus yang ditanam di Pangsapuri Sri Ayu Klan ketika menghadiri Program MAFI Prihatin Dan Walkabout  Program Pertanian Bandar Kebuniti di Bandar Putera, Klang, Selangor hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Bekalan makanan termasuk ayam mentah dipastikan mencukupi ketika negara berhadapan musim tengkujuh yang diramalkan melanda mulai bulan depan.

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, beberapa langkah dikenal pasti untuk diambil menerusi perbincangan bersama pegawai MAFI bagi menangani faktor yang boleh menyebabkan bekalan terputus.

“Terutama dalam keadaan sekarang dengan keadaan situasi semasa yang kita tengok harga makanan mengalami kenaikan disebabkan kenaikan harga makanan ternakan, baja dan racun.

“Sehubungan dengan itu kita sentiasa mengadakan libat urus dengan pihak industri untuk memastikan penyediaan (bekalan) makanan sentiasa ada dan tidak putus,” katanya kepada pemberita selepas Program MAFI Prihatin Dan Walkabout  Program Pertanian Bandar Kebuniti di Pangsapuri Sri Ayu Bandar Putera Klang di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN