Tak sampai lima hari kahwin, susah apabila tengok isteri menangis -Caprice - Utusan Malaysia

Tak sampai lima hari kahwin, susah apabila tengok isteri menangis -Caprice

Caprice dan keluarganya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi rap dan usahawan sensasi, Caprice menzahirkan rasa susah hati apabila melihat isteri tercintanya, Farra Inalis berasa sedih berhubung dengan anak perempuannya dikecam warganet.

Menerusi entri Instargam, Caprice memaklumkan perkara tersebut selepas satu video yang dikongsikan isterinya di TikTok, teruk dikecam warganet apabila dikatakan anaknya itu seakan tiada adab kerana duduk di atas bahu suaminya ketika sedang sibuk membuat kerja.

“Bangun dengan kehidupan yang berbeza tiga hari lalu. Cap agak risau sebab sekarang isteri perlu kendali kegilaan dunia media sosial dan warganet.

“Tidak sampai lima hari kahwin, susah apabila melihat isteri menangis kerana ramai mengecam anak dia berhubung cara main dengan Cap, duduk di atas bahu seperti tiada ‘adab’,” katanya.

Mengulas lanjut, penyanyi lagu Xde Hal Bro itu tampil memohon maaf andai ada pihak yang kurang senang melihat cara usahawan tersebut melayan kanak-kanak berusia lima tahun itu.

“Semua, ini bukan salah dia. Dia selalu menegur adik bila bermain kasar dengan saya. Saya minta maaf kerana mempunyai sifat kelembutan terhadapnya.

“Dia baru berusia lima tahun, sebagai seorang ayah yang baru, saya akan membiarkan dia menjadi kanak-kanak selagi boleh.

“InsyaAllah, walaupun baru sahaja jadi ayah, saya akan melakukan yang terbaik mendidik dan mengajarnya mengenai kehidupan.

Di akhir coretan, dia menegaskan bahawa sesiapa sahaja boleh berkata tentang dirinya dan isteri, tetapi bukan anak mereka.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet turut menitipkan harapan agar kecaman dapat dihentikan kerana menyifatkan itu adalah cara mereka menguatkan lagi hubungan di antara bapa dan anak. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya