SOP PRN Melaka diperinci - KPN - Utusan Malaysia

SOP PRN Melaka diperinci – KPN

ACRYL SANI ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diteliti oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan gerak kerja anggota dan pegawainya dapat dilaksanakan pada tahap terbaik.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, perbincangan secara lebih terperinci akan diadakan pihaknya bersama Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali.

“Saya telah melihat sepintas lalu SOP itu pagi tadi dan akan membincangkan perkara itu secara lebih terperinci.

“Pada malam nanti, Insya-Allah saya akan ke Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka untuk mendengar taklimat daripada Ketua Polis Negeri untuk meneliti SOP itu dan gerak kerja bagi polis memastikan setiap panduan dilaksanakan sebaik mungkin sepanjang tempoh PRN,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) 2021, dekat sini hari ini.

Yang hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.- UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN