[SIDANG DUN SELANGOR] 4,978 kes keganasan rumah tangga sejak 2018 - Utusan Malaysia

[SIDANG DUN SELANGOR] 4,978 kes keganasan rumah tangga sejak 2018

DR. SITI Mariah Mahmud menjawab soalan daripada Juwairiya Zulkifli dalam sidang DUN mengenai laporan keganasan rumah tangga di Bangunan Annex, Shah Alam, Selangor hari ini. GAMBAR SELANGOR TV
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 4,978 kes keganasan rumah tangga dicatatkan di Selangor dari tahun 2018 sehingga Oktober tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, tahun ini mencatatkan laporan tertinggi iaitu, 1.,519 kes berbanding sebelum ini.

Menurutnya, bagi mengatasi masalah berkaitan keganasan rumah tangga, perkhidmatan Talian Selamat diperkenalkan kerajaan negeri dan mula beroperasi sejak awal bulan ini.

“Seperti yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0, kerajaan negeri telah menyediakan Talian Selamat sebagai talian khas untuk masyarakat membuat aduan berhubung isu keganasan rumah tangga yang telah beroperasi sejak 1 November lalu.

“Selain itu, syarikat Wanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd. (WBS) kini sedang mengadakan Kempen 16 Hari Aktivisme Menentang Keganasan Berasaskan Gender sebagai langkah advokasi kepada masyarakat,” katanya ketika Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Selangor ke-14 Tahun 2021 di Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Menurutnya, talian tersebut baru menerima 14 panggilan, yang mana tujuh panggilan adalah berhubung keganasan rumah tangga.

“Daripada tujuh panggilan KRT, tiga panggilan adalah kes psikologi, tiga panggilan lagi adalah kes fizikal manakala satu panggilan adalah kes ekonomi.

“Melalui talian berkenaan, pemanggil telah ditawarkan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling atau intervensi daripada Pusat Kaunseling Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau badan bukan kerajaan (NGO),” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.