"Saya mahu gelaran sebagai penyanyi" – Datuk Seri Vida - Utusan Malaysia

“Saya mahu gelaran sebagai penyanyi” – Datuk Seri Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida menegaskan kemunculannya sebagai penyanyi bukan sekadar suka-suka sebaliknya atas minat dan keinginan yang tinggi.

Namun, empunya nama sebenar Hasmiza Othman ini mengakui dia kesal dengan tanggapan negatif ramai pihak terhadap usahawan yang tampil sebagai penyanyi.

“Saya mahu gelaran sebagai penyanyi itu. Tapi tak dapat. Saya kecewa, sebab tidak diiktiraf.

“Saya nak tempatkan diri dalam industri, jadi memang ada menyimpan hasrat untuk jadi penyanyi,” katanya.

Apabila diminta mengulas tentang pandangan ‘kurang manis’ masyarakat terhadap usahawan yang terjun ke bidang nyanyian, penyanyi lagu I Am Me ini ada jawapan tersendiri.

“Saya ada suara dan diterima ramai. Single saya itu pun bertahan dan evergreen.

“Takkan nak suruh saya nyanyi lagu dangdut dan jangan ingat ada lagu balada sahaja. Kita ada pelbagai genre.

“Jadi saya akan buktikan. Saya nak capai standard Anugerah Juara Lagu (AJL),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya