Sabah beralih ke fasa 4 PPN bermula Isnin - Utusan Malaysia

Sabah beralih ke fasa 4 PPN bermula Isnin

MASIDI MANJUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sabah akan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 8 November ini susulan peratusan penduduk dewasa lengkap divaksin sudah mencapai 74.79 peratus.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes positif di negeri ini juga semakin stabil biarpun berlaku trend yo-yo pada setiap hari.

Pada masa ini, seramai 2.43 juta penduduk Sabah telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama dengan 2.09 juta adalah penduduk dewasa dan 329,949 penduduk remaja.

Setakat semalam, penduduk yang lengkap divaksinasi di Sabah adalah seramai 2.35 juta dan daripada jumlah itu, 2.06 juta orang adalah penduduk dewasa dan 287,785 orang atau 66.31 juta adalah golonagn remaja remaja.

Masidi berkata, walaupun lebih banyak kelonggaran diberikan pada fasa 4 PPN ini namun, rakyat di negeri ini dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Mengulas lanjut katanya, hari ini sebanyak 554 kes positif baharu dilaporkan di Sabah dengan satu kes kematian di Ranau. Ia menunjukkan penurunan 101 kes berbanding 655 kes positif yang dilaporkan semalam.

Untuk hari ini, 303 kes atau 54.7 peratus adalah kes yang berlaku didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Jika dilihat kes hari ini, 365 kes positif membabitkan individu yang sudah menerima vaksin lengkap manakala, 118 kes belum layak divaksin iaitu kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, 66 kes belum layak divaksin dan lima kes merupakan individu yang menerima satu dos vaksin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya