Pulau Pinang sedia wujudkan Koridor Perjalanan Wilayah Utara - Utusan Malaysia

Pulau Pinang sedia wujudkan Koridor Perjalanan Wilayah Utara

YEOH Soon Hin (tiga, kanan) dalam sidang akhbar melihat perhiasan emas yang bakal dipamerkan sempena Penang Singnature Gold & Jewellery Fair (PSG) 2022 dalam sidang akhbar di Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersedia menjalin kerjasama dengan Perak, Kedah dan Perlis bagi mewujudkan Koridor Perjalanan Wilayah Utara untuk meningkatkan  daya saing industri pelancongan dalam era pasca pandemik Covid-19. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, kerjasama berkenaan diperlukan bagi memastikan industri pelancongan di keempat-empat negeri di Wilayah Utara kembali rancak selepas hampir dua tahun negara dilanda Covid-19. 

“Matlamat utama koridor ini ialah menyediakan dan menarik pelancong dari dalam dan luar negara menerusi pakej-pakej pelancongan menarik melibatkan empat negeri di wilayah Utara,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Terdahulu, Soon Hin menghadiri majlis menandatangani perjanjian perkongsian strategik antara Elite Expo Sdn. Bhd. dan Persatuan Tukang Emas Pulau Pinang mengenai Penang Signature Gold & Jewellery Fair (PSG) 2022 yang akan diadakan di Setia Spice Convention Centre pada 19 hingga 21 Ogos ini. 

PSC 2022 itu dijangka menghimpunkan lebih 200 pedagang emas dari dalam dan luar negara serta menyediakan platform perdagangan emas kepada peminat perhiasan barang kemas di negara ini. 

Menurut Soon Hin, Koridor Perjalanan Wilayah Utara itu dapat memanfaatkan aset-aset pelancongan di setiap negeri di wilayah Utara dan membantu memacu ekosistem pelancongan untuk pemulihan ekonomi. 

“Seperti yang dapat kita lihat di Eropah, terdapat pakej-pakej pelancongan yang merangkumi beberapa buah negara di dalam benua Eropah. 

“Jika kita dapat bekerjasama melaksanakan perkara yang sama, saya pasti industri pelancongan di empat negeri ini akan segera pulih daripada impak akibat Covid-19,” katanya. 

Tambahnya, Koridor Perjalanan Wilayah Utara juga dapat memastikan sektor pelancongan negara lebih bersedia untuk bersaing dengan negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura, China dan Vietnam. 

“Pakej pelancongan baharu yang diperkenalkan di bawah koridor ini  membantu menarik minat pelancong dari Amerika, Eropah dan Asia Tenggara untuk kembali ke negara kita. 

“Ini kerana persaingan antara negara untuk merebut pelancong asing dijanga sengit selepas dunia pulih daripada wabak ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN