PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengambil pendekatan berkecuali dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan memfokuskan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Pengasasnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Muda membuat keputusan untuk tidak bersama Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya itu. Beliau berkata, ini berikutan PH mengangkat politik yang tidak bermaruah dan tidak berprinsip apabila menerima bekas ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ‘melompat’. “Sejak minggu lepas,…










