Dakwaan pukul bekas isteri: Polis buka kertas siasatan terhadap ADUN Morib - Utusan Malaysia

Dakwaan pukul bekas isteri: Polis buka kertas siasatan terhadap ADUN Morib

HASNUL BAHARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis Daerah Kuala Langat mengesahkan telah memulakan siasatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin berhubung dakwaan memukul bekas isterinya, Juliani Jalilah Abdullah, 38.

Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Salleh berkata, siasatan berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh wanita itu.

“Saya mengesahkan pihak kami telah menerima laporan tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan siasatan lanjut akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu sebuah portal berita melaporkan, pihaknya telah melihat laporan yang dibuat Juliani Jalilah di Balai Polis Daerah Kuala Langat pada bulan lepas, berhubung kejadian yang didakwa berlaku pada 21 Ogos, ketika kedua-dua mereka masih merupakan pasangan suami isteri.

Berdasarkan laporan portal tersebut, Hasnul yang merupakan ADUN daripada Parti Amanah dan Timbalan Speaker DUN Selangor mendakwa laporan itu dibuat dengan ‘niat jahat’ selepas perceraian mereka.

“Laporan itu berniat jahat. Bukannya lepas berlaku dia terus laporan polis. Laporan itu dibuat selepas saya menceraikan dia, jadi berniat jahatlah.

“Polis pun dah siasat benda tu. Ringkasnya, kalau betul saya bersalah, polis akan ambil tindakan segeralah,” katanya kepada portal berita tersebut.

Bekas isterinya dalam laporannya mendakwa Hasnul memukulnya kira-kira pukul 11 malam pada 21 Ogos lalu di rumah mereka di Banting sehingga menyebabkan kecederaan di muka.

Dia berkata, laporan itu dibuat beberapa bulan selepas kejadian itu untuk dikemukakan bagi rujukan Mahkamah Syariah dan tindakan lanjut terhadap Hasnul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya