MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka bercadang mempelawa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyertai payung besarnya bagi menambah sokongan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini. Pengerusinya, Adly Zahari berkata, PH sentiasa bersikap terbuka menerima banyak pandangan atau sokongan daripada semua pihak termasuk Muda. Kata beliau, PH Melaka sentiasa menggunakan kaedah berbincang untuk mencari hasil terbaik seiring dengan prinsip khemah besar yang diwujudkan bagi memacu kekuatan gabungan tersebut.…










