Peng Shuai sudah selamat? - Utusan Malaysia

Peng Shuai sudah selamat?

PENG SHUAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Peng Shuai ‘membuktikan’ dia dalam keadaan selamat apabila muncul dalam Cabaran Akhir Tenis Remaja di Beijing selaku tetamu jemputan.

Pemain berusia 35 tahun itu dilaporkan hilang sejak membuat tuduhan serangan seksual yang dilakukan oleh seorang bekas pegawai tertinggi kerajaan China.

Peng Shuai terdahulu membuat hantaran di laman sosial China, dengan mendakwa bekas Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli memaksanya untuk mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali.

Menerusi klip video yang dikongsikan di laman sosial, Twitter menyaksikan pemain China itu dalam keadaan baik dan selamat.

“Peng Shuai muncul dalam majlis perasmian perlawanan akhir tenis remaja di Beijing pada pagi Ahad. Gambar ini dirakam oleh wartawan Global Times, Cui Meng di tempat kejadian,” tulis Hu Xijin.

Beberapa bintang tenis seperti Naomi Osaka, Serena Williams, Novak Djokovic termasuk Persatuan Tenis Wanita (WTA) melahirkan kerisauan terhadap situasi semasa Peng Shuai yang secara tiba-tiba ‘menghilangkan diri’.

Juara 20 kali Grand Slam, Roger Federer  bimbang dengan situasi bekas pemain No. 1 beregu wanita China dengan berkata: “Ia sangat membimbangkan. Saya harap dia selamat.”

Klip tersebut merupakan yang ketiga dimuat naik oleh pengguna akaun Twitter itu, dia mana sebelum ini menunjukkan Peng Shuai sedang menikmati makan malam bersama jurulatih dan kawan-kawan di sebuah restoran.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya