Penduduk Shaftsbury Putrajaya dakwa ditindas pemaju

Penduduk Shaftsbury Putrajaya dakwa ditindas pemaju

PENDUDUK Shaftsbury di Putrajaya akan dihalau keluar jika enggan mendaftar wajah mereka untuk imbasan. – FOTO/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dari luar, kediaman berstrata ini tampak agak elit, namun, hakikatnya ratusan penghuni Shaftsbury di sini mengeluh teruk dan mendakwa ditindas syarikat pemaju dalam pelbagai isu.

Begitulah luahan Pengerusi jawatankuasa penaja persatuan penduduknya, Zukri Jusuf sambil mengakui banyak masalah menimpa penduduk ibarat sudahlah jatuh ditimpa tangga.

Paling tidak logik apabila mereka terpaksa membayar caj petak letak kereta yang amat melampau berbanding janji kononnya bakal diberikan percuma ketika membeli apartmen servis tersebut.

“Kami baru sahaja dikenakan caj RM68 dan RM118 tidak termasuk cukai perkhidmatan bagi kad bermusim dan standard pada Mac lalu, tetapi Disember ini kadarnya naik lagi 200 peratus.

“Bayangkan jika setiap penduduk ada tiga buah kereta, mereka terpaksa bayar RM750 setiap bulan untuk parkir, amaun yang sangat tidak masuk akal dan tertinggi di Malaysia,” katanya.

Ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini, beliau yang juga seorang peguam turut kesal apabila caj parkir harian juga amat mahal iaitu RM2 setiap jam atau maksimum RM20 sehari.

Kadar itu, ujarnya, naik lebih tiga kali ganda berbanding sebelum ini cuma RM6 sehari dan menyebabkan tidak ramai mahu lagi datang mengunjungi premis perniagaan dalam bangunan ini.

Caj melampau berkenaan, jelas Zukri, 44, mengakibatkan ramai peniaga di situ terpaksa keluar dan menamatkan penyewaan, sekali gus menjadikan suasana sunyi sepi macam tempat mati.

Senario jauh berbeza dengan kompleks beli-belah Alamanda yang terletak bersebelahan lebih hidup meriah dikunjungi masyarakat setempat sendiri termasuk penduduk dari luar Putrajaya.

“Kami juga kena imbas muka di pintu masuk lobi sejak November 2020 konon kese­la­matan, walhal ia langgar hak privasi penduduk dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010,” tegasnya.

Sedangkan katanya, sebab sebenar ialah bagi halang unit kediaman di Blok A disewa sebagai inap desa atau AirBnB yang akan menjejaskan bisnes perhotelan dimiliki pemaju di Blok B.

Ini menyebabkan segala butiran penduduk terdedah risiko kebocoran kepada pihak luar tetapi malangnya, isu itu kata Zukri, dibiar tanpa tindakan oleh Jabatan Perlindungan Data Peribadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.