Penduduk New Zealand protes bantah kewajipan vaksin, perintah berkurung - Utusan Malaysia

Penduduk New Zealand protes bantah kewajipan vaksin, perintah berkurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: New Zealand memperketatkan langkah-langkah keselamatan di Parlimen hari ini selepas ribuan orang berkumpul bagi membantah mandat vaksin Covid-19 dan perintah berkurung.

Lapor Reuters, hanya dua pintu masuk ke bangunan Parlimen dibuka dan semua pintu lain ditutup dengan kawalan ketat pasukan keselamatan serta anggota polis.

Sebahagian besar penunjuk perasaan tidak memakai pelitup muka semasa berarak di sekitar tengah bandar Wellington dan berkumpul di luar bangunan Parlimen.

Peserta protes memegang papan tanda yang tertera mesej seperti ‘Kebebasan’ dan ‘Penduduk Kiwi bukan tikus makmal’ sambil melaung-laungkan slogan serta menggesa pihak kerajaan menarik balik langkah mewajibkan vaksinasi dan melonggarkan sekatan.

“Saya tidak akan dipaksa untuk memasukkan sesuatu yang saya tidak mahu ke dalam tubuh.

“Saya memohon kepada pihak kerajaan supaya mengembalikan keadaan seperti 2018. Saya mahukan kebebasan kembali,” luah seorang peserta protes.

New Zealand merupakan negara yang merekodkan kes Covid-19 terendah di seluruh dunia dengan hanya mencatatkan kes di bawah 8,000 dan 32 kematian setakat ini.

Negara itu menyaksikan bilangan kes baharu sebanyak 125 kes semalam dan kadar penduduk yang lengkap divaksin sudah mencapai 80 peratus.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya