Pendokong PKR, PH jangan sedih - Rafizi  - Utusan Malaysia

Pendokong PKR, PH jangan sedih – Rafizi 

RAFIZI RAMLI sah akan kembali aktif dalam politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyarankan pemimpin Pakatan Harapan (PH) mengambil iktibar dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. 

Beliau berkata, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti adalah lebih baik sekiranya pimpinan belajar dari PRN  itu. 

“Kepada pendokong PKR atau PH yang mahukan negara ditadbir oleh orang-orang yang amanah dan cekap, Jangan terlalu bersedih dan putus harapan. Ada pengajaran baik di sebalik keputusan PRN Melaka.

“Kalau pimpinan PKR atau PH belajar dari keputusan ini, tolak ego. Insya-Allah PRU-15 lebih baik,” ciapnya dalam satu hantaran di Twitter, hari ini. 

PRN Melaka itu menyaksikan PH hanya memenangi lima daripada 28 kerusi yang ditandinginya.

Lima kerusi tersebut merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir, Ayer Keroh dan Bukit Katil. 

BN pula diumumkan menang dengan majoriti selesa sebanyak 21 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN