KEMAMAN: Seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) kategori lembam ditemukan lemas ketika mandi di Sungai Chukai di Kampung Pengkalan Cicar, di sini hari ini.
Mayat Muhammad Ariff Danial Anuar, 13, ditemukan pasukan penyelamat di dasar sungai itu pada pukul 5.28 petang, selepas dua jam pencarian bermula.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa dikatakan berkunjung ke lokasi yang terletak kira-kira 600 meter dari kediamannya di Rumah Murah 2, Bukit Kuang itu bersama tiga rakan dan adiknya.
“Mangsa dipercayai lemas pada pukul 1.30 petang dan keluarganya bertindak membuat panggilan kecemasan pada pukul 3.20 petang,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. – UTUSAN ONLINE










