Peduli Insan mohon sumbangan bantu 250,000 pelarian Syria - Utusan Malaysia

Peduli Insan mohon sumbangan bantu 250,000 pelarian Syria

Mohd.Luqmanulhakim (dua dari kiri) bersama kumpulan InTeam dalam satu penyerahan sumbangan kepada pelarian Syria,baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) menyasarkan memberi bantuan kepada 250,000 pelarian Syria menerusi kempen Musim Sejuk Syria tahun 2021/2022.

Pengerusi Peduli Insan, Mohd. Luqmanulhakim Mohd. Rezuan berkata, kempen kali ini akan memberi tumpuan kepada  dua inisiatif iaitu Selimut Kasih Syria dan Suapan Kasih Syria.

Katanya, inisiatif kempen itu diwujudkan bagi membantu pelarian yang perlu menghadapi keadaan persekitaran sejuk sehingga mencecah negatif lima darjah Cesius.

“Kempen kali ini diadakan susulan daripada kejayaan kempen yang dilancarkan sebelum ini yang telah berjaya melibatkan kira-kira 60,000 pelarian Syria.

“Paling menyedihkan, pelarian-pelarian pula tinggal dalam khemah dan sering berdepan masalah banjir yang turut memusnahkan makanan, pakaian, selimut dan sebagainya.Selain itu, mereka yang juga diancam wabak Covid-19 dan sukar mendapatkan makanan serta rawatan yang secukupnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumbangan orang ramai boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor 12038010136375.

Untuk maklumat lanjut, layari www.peduliinsan.org atau hubungi 0167706432.

Sebelum ini, kumpulan InTeam tampil menyerahkan dana berjumlah RM370,000 untuk kempen Musim Sejuk Syria Siri 10. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN