[PARLIMEN] Tiada akta halang penggunaan kanabis bagi perubatan - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Tiada akta halang penggunaan kanabis bagi perubatan

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 tidak menghalang penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihak yang mempunyai bukti mencukupi boleh kemukakan permohonan keluaran mengandungi kanabis untuk tujuan pengubatan tersebut kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

“Akta sedia ada yang mengawal selia kanabis dan hasilnya di Malaysia iaitu Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Jualan Dadah 1952 tidak menghalang penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

“Sekiranya terdapat pihak yang mempunyai bukti saintifik yang mencukupi untuk menggunakan kanabis bagi tujuan perubatan dengan mengambil kira aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya, permohonan untuk mendaftarkan keluaran mengandungi kanabis untuk tujuan pengubatan tersebut boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah untuk dinilai dan didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan seterusnya untuk dipasarkan di Malaysia,” katanya di Dewan Rakyat.

Dalam ucapan Penggulungan Menteri Kesihatan Perbahasan Peringkat Dasar Bajet 2022 itu, Khairy juga menjelaskan, tiada produk berasaskan kanabis untuk kegunaan rawatan perubatan manusia yang berdaftar di Malaysia selepas pendaftaran satu produk dibatalkan beberapa tahun lalu.

“Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pernah mendaftarkan satu produk berasaskan kanabis iaitu Sativex pada 2014. Namun begitu, atas permintaan pihak syarikat sendiri, pendaftaran produk ini telah dibatalkan pada tahun 2017,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN