[PARLIMEN] Kuala Lumpur catat lambakan rumah tidak terjual paling banyak - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kuala Lumpur catat lambakan rumah tidak terjual paling banyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kerajaan berharap pemaju perumahan dapat menurunkan harga rumah supaya tidak berlaku lambakan yang begitu ketara.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Mutalib berkata, ia susulan kelembapan pasaran hartanah yang berlaku sekali gus menjejaskan rantaian ekonomi secara keseluruhan.

“Bagi suku tahun 2021, terdapat 31, 112 unit rumah siap dibina tidak terjual yang bernilai RM20.1 bilion bagi suku ketiga tahun 2021. 30, 290 unit rumah siap dibina tidak terjual yang bernilai RM19.75 bilion. Ini menunjukkan terdapat sedikit penurunan sebanyak 2.64 peratus dalam bilangan unit 1.74 peratus dalam nilai bagi suku tahun ketiga berbanding suku tahun kedua 2021.

“Terdapat penurunan kadar lambakan rumah yang tidak terjual, walaupun tidak ketara kerana terdapat pemaju yang menurunkan harga atau memberikan diskaun bagi membolehkan bekalan rumah sedia ada dapat dijual dalam ketidaktentuan ekonomi masa kini. Diharap lebih ramai pemaju dapat menurunkan harga jualan rumah bagi membolehkan lambakan rumah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO-Machang) meminta kerajaan menjelaskan jumlah terkini rumah yang tidak terjual mengikut jenis dan negeri setakat September 2021.

Mengulas lanjut, Ismail turut memaklumkan, Sehingga suku ketiga tahun 2021, Kuala Lumpur mencatatkan rumah tidak terjual paling tinggi iaitu sebanyak 3,893 unit, diikuti Selangor dengan jumlah 3,376 unit.

“Jenis yang tidak terjual ialah terdiri daripada kondo ataupun apartment sebanyak 18,229 unit, teres dua tingkat dan tiga tingkat sebanyak 5, 608 unit dan juga semi-D sebanyak 1, 783 unit.

Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan yang pihaknya masih sedang mengkaji cukai kekosongan hartanah bagi mengatasi isu rumah tidak terjual.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN