[PARLIMEN] Kerajaan tidak akan tetapkan harga siling kit ujian kendiri - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Kerajaan tidak akan tetapkan harga siling kit ujian kendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak bercadang untuk menetapkan harga siling bagi penjualan kit ujian kendiri Covid-19.

Menjelaskan perkara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, ia bagi mengelakkan mana-mana pihak memanipulasi harga tersebut untuk mendapatkan keuntungan.

“Sehingga hari ini kerajaan tidak lagi bercadang untuk menentukan harga siling kepada Kit Ujian Pantas (RTK) ini memandangkan kita telah mempunyai sebanyak 17 juta stok yang masih ada.

“Kita harap pasaran akan menentukan harga, kerana kalau kita yang menetapkan harga siling, apa yang kita bimbang akan berlaku manipulasi di peringkat pengedaran, penjualan yang mana mereka akan menjual semaksima mungkin untuk mendapat keuntungan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) meminta kementerian menjelaskan adakah kerajaan merancang untuk menetapkan harga siling dalam masa yang terdekat untuk penjualan kit ujian pantas (RTK) antigen.

Dalam masa yang sama, Rosol turut mengingatkan agar masyarakat membeli kit ujian kendiri yang mendapat lesen sah bagi memastikan ketulenannya.

“Sekali lagi saya suka mengingatkan dalam dewan mulia ini ialah setiap pembelian melalui dalam talian, pastikan syarikat yang menjual kit ujian itu mempunyai sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Biz Trust. Ia merupakan satu sijil yang dipercayai yang tidak akan berlaku penipuan di sana.

Sebelum ini dilaporkan, RTK antigen menggunakan sampel air liur dijual pada harga lebih rendah, iaitu RM4.90 tanpa menjejaskan aspek kualiti peranti berkenaan.

Penurunan harga sebanyak 87.7 peratus sejak kit berkenaan pertama kali dijual di pasaran bagi kegunaan orang ramai disifatkan selari usaha kerajaan bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan komuniti.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN