[PARLIMEN] ‘Kalau setia pada negara, guna bahasa Melayu’- Awang - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] ‘Kalau setia pada negara, guna bahasa Melayu’- Awang

AWANG HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim terus mempertahankan pandangan beliau untuk menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan bahasa Melayu kecuali apabila berkomunikasi dengan mereka yang tidak fasih atau mampu berbahasa Melayu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia itu menjawab celahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang bertanya kepada beliau kepentingan untuk mempunyai kebolehan berbahasa Inggeris susulan ‘asakan’ kepada seorang wartawan yang bertanya soalan dalam bahasa Inggeris sebelum ini.

“Memang baguslah kerana saya boleh jawab soalan ini tetapi itu keluar daripada tajuk. Jadi untuk menjawab juga, bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan dan kita perlu gunakan dalam semua sektor.

“Kita menggunakan bahasa Melayu kecuali dengan pelabur daripada luar yang tidak faham bahasa Melayu. Kalau kita rakyat Malaysia, kita perlu setia kepada Malaysia dengan menggunakan bahasa kebangsaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia,” jelasnya ringkas di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, menerusi video yang tular, pemimpin Pas itu dilihat ‘menggasak’ seorang wartawan yang menyoal isu penutupan kedai nombor ekor oleh kerajaan pimpinan parti itu di Kedah.

Namun beliau kemudian telah meminta supaya wartawan tersebut bercakap bahasa Melayu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya