[PARLIMEN] Hampir 2.5 juta pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ditolak - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Hampir 2.5 juta pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ditolak

YAMANI HAFEZ MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hampir 2.5 juta pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tidak diluluskan ekoran tidak menepati syarat kelayakan.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, semua maklumat penerima bagi setiap bantuan tunai langsung itu direkodkan serta disemak berdasarkan agensi-agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Statistik yang tidak lulus bagi permohonan BPR jumlahnya adalah agak ramai iaitu hampir 2.5 juta permohonan dan antara sebab utama permohonan tidak lulus adalah pendapatan melebih syarat kelayakan dan kita buat semakan ini menerusi agensi pendapatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso, Bendahari Negeri dan LHDN.

“Selain itu, status perkahwinan mereka perlukan pengesahan dan semakan ini juga berdasarkan data Jabatan Agama Islam Negeri bagi yang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mereka yang bukan Islam.

“Ada juga di antara mereka yang mempunyai kenderaan dan kediaman yang melepasi kemampuan B40 dan semakan ini kita buat berdasar Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk kediaman dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pemilikan kenderaan,” jelasnya.

Dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini, Anyi Ngau (GPS-Baram) melontarkan soalan tambahan minta justifikasi daripada Kementerian Kewangan sama ada data pemohon bantuan kerajaan adalah dibekalkan dan jumlah keseluruhan penerima serta pemohon yang ditolak.

Yamani yang juga Ahli Parlimen Sipitang berkata, pemohon yang tidak lulus boleh membuat rayuan dengan menyediakan atau membuktikan kadar pendapatan mereka.

“Kita beri ruang untuk membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen berdasarkan alasan tidak lulus untuk semakan semula LHDN dan sekiranya menepati syarat, mereka boleh menerima bantuan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya