NGO Melayu disaran bergabung  - Utusan Malaysia

NGO Melayu disaran bergabung 

MOHD. YUSSOF LATIFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara disaran membentuk gabungan Majlis Muafakat Melayu yang dapat menjadi suara kuat untuk mewakili orang Melayu dan bumiputera. 

Pengerusi Majlis Muafakatan Melayu Pulau Pinang 3M2P (MMMPP), Tan Sri  Mohd. Yussof Latiff berkata, suara NGO-NGO Melayu yang bergabung itu harus merentasi fahaman politik dan bersuara mengenai kepentingan Islam dan kaum bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara, Rukun Negara serta kontrak sosial. 

“Kita menyarankan semua negeri mempunyai Majlis Muafakat Melayu di negeri masing-masing dan bergabung di peringkat Pusat di bawah bumbung Majlis Muafakatan Melayu Malaysia (4M). 

“Gabungan ini akan menjadikan NGO-NGO Melayu suara yang kuat dan benar-benar dapat mewakili orang Melayu dan bumiputera di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Mohd. Yussof, gabungan Majlis Muafakat Melayu yang akan dibentuk itu berperanan menegur mana-mana pihak yang menyentuh isu Islam, Melayu dan bumiputera. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN