]SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan sebanyak RM3 juta menerusi Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus (Tuns Plus) yang telah dimanfaatkan oleh 213 usahawan.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan berupa pinjaman kewangan tanpa faedah dilihat berupaya membantu usahawan penerima untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan perniagaan sedia ada mereka ke tahap lebih baik.
“Tuns Plus adalah program yang baharu diperkenal pada tahun ini berapa bantuan pembiayaan dalam bentuk pinjaman mudah tanpa faedah kepada usahawan mikro. Sehingga kini sebanyak RM3 juta telah diperuntukan dan telah memberi manfaat kepada seramai 213 penerima,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nismilan Showcase 2021 di Nilai di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE