Muguruza rangkul Kejuaraan WTA Final - Utusan Malaysia

Muguruza rangkul Kejuaraan WTA Final

GARBINE bersama trofi WTA Final di Guadalajara, Mexico.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUADALAJARA, Mexico : Garbine Muguruza memahat sejarah selaku pemain Sepanyol pertama memenangi gelaran dalam Jelajah WTA Final selepas menewaskan Anett Kontaveit 6-3, 7-5 dalam perlawanan akhir, sebentar tadi.

Sebelum ini, Arantxa Sanchez Vicario muncul satu-satunya pemain Sepanyol yang pernah layak ke final kejohanan penutup musim itu sebagai naib juara apabila tewas kepada Stefanie Graf pada tahun 1993.

Mempamerkan aksi konsisten sepanjang kejohanan, kejayaan Muguruza itu memadam rekod Vicario dan bekas pemain nombor satu dunia itu terbukti terlalu hebat untuk ditandingi Kontaveit dalam aksi penentuan kejuaraan berkenaan.

Juara dua kali kejohanan grand slam itu, urut meraikan gelaran Jelajah WTA yang ke-10 sepanjang kariernya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.