Muguruza hampiri gelaran WTA Final - Utusan Malaysia

Muguruza hampiri gelaran WTA Final

BEKAS pemain No.1 dunia Garbine Muguruza berjaya menewaskan rakan senegeranya dari Sepanyol Paula Badosa untuk mara ke pentas akhir WTA Final. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUADALAJARA, Mexico : Bekas pemain ranking No.1 dunia, Garbine Muguruza tampil cemerlang apabila melangkah ke pentas akhir WTA Final buat julung kalinya selepas berjaya menumbangkan Paula Badosa awal pagi semalam.

Muguruza memperagakan permainan agresif selepas hanya memerlukan satu jam 26 minit untuk mengatasi juara Indian Wells tersebut dengan kemenangan straight-set 6-3, 6-3.

Pemain pilihan keenam itu sebelum ini tewas di pentas separuh akhir pada tahun 2015, mengakui berbangga dengan pencapaiannya meskipun dianggap pemain bukan pilihan mara ke pentas final.

“Saya rasa ia adalah perlawanan terbaik yang saya hadapi setakat ini di Guadalajara. Ia adalah perlawanan yang sukar berdepan seorang lagi pemain Sepanyol di separuh akhir….Kami tidak pernah bersemuka sebelum ini, jadi ia sukar.

“Tetapi saya sangat gembira kerana saya meraih kemenangan. Saya juga berbangga dengan Badosa dan gembira dengan pencapaiannya pada tahun ini, dia memulakan tahun ini dari bawah dan kini berada di kelompok ranking 10 terbaik dunia,” kata Muguruza.

 Pada perlawanan peringkat kumpulan, Muguruza hanya tewas sekali kepada pemain pilihan ketiga, Karolina Pliskova sebelum bangkit mengatasi Barbora Krejcikova dan Anett Kontaveit untuk mara ke separuh akhir.

“Saya tidak rasa sebagai pemain pilihan utama ke final. Saya jangka akan berdepan tugas sukar terutama di peringkat kumpulan. Saya hanya melakukan terbaik dan akhirnya ke final,” tambahnya.

Sepanjang perlawanan musim ini, pemain berusia 28 tahun tersebut telah menjulang dua gelaran jelajah WTA. 

Kemenangan pertama Muguruza pada tahun ini ketika bersaing di Terbuka Dubai pada Mac lalu selepas berjaya menyingkirkan Barbora Krejcikova.

Selepas itu, Muguruza tampil garang dengan menumpaskan pemain Turki, Ons Jabeur di Kejohanan Tenis Chicago Fall Classic, pada bulan lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.