MELAKA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen menyokong pencalonan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon ketua menteri parti itu. Beliau berkata, kesemua jentera parti perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan PN di 28 kerusi ditandingi. “Sebagai orang parti dan juga pemimpin parti, semua pihak harus menghormati keputusan yang dibuat kepemimpinan politik Bersatu dan juga Majlis Tertinggi PN. “Saya sebagai Pengerusi PN Melaka memberikan sokongan sepenuhnya kepada keputusan…










