MJHL 2021 ditunda ke Disember - Utusan Malaysia

MJHL 2021 ditunda ke Disember

ANIL JEET SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saingan Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2021 yang sepatutnya bermula minggu depan ditunda ke tarikh baharu pada 11 hingga 30 Disember ini, selain bakal dimainkan di sekitar Kuala Lumpur.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa halangan seperti faktor cuaca di samping kekangan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Terdapat kekangan yang akan dihadapi pasukan bertanding. Mereka perlu mendapatkan pelepasan daripada KPM memandangkan 22 November ini sesi persekolahan akan dibuka.

“Jadi tarikh kejohanan yang sebelum ini agak tidak sesuai dengan sesi persekolahan ini. Cuti sekolah akan bermula pada 10 Disember dan kami memutuskan untuk menganjurkan kejohanan bermula pada 11 Disember.

“Penganjuran MJHL juga tidak akan tertumpu kepada satu venue iaitu Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sahaja, tetapi juga akan menggunakan tempat lain agar jadual kejohanan tidak terlalu padat,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

KHM sebelum ini mengumumkan MJHL akan berlangsung pada 26 November 2021 hingga 2 Januari 2022, dengan hanya menganjurkan kategori lelaki melibatkan 25 pasukan.

Mengulas lanjut, Anil memberitahu, pihaknya juga memahami bahawa pengetua sekolah mungkin berat hati untuk melepaskan pemain mereka keluar menyertai MJHL memandangkan sesi persekolahan baru sahaja bermula.

“Kami tidak mahu mana-mana pihak terbeban dengan situasi ini jadi kami memutuskan untuk menganjakkan tarikh dan menganjurkannya pada musim cuti sekolah,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya