PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mendahului di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, yang disandang Datuk Norhizam Hassan Baktee atau lebih dikenali sebagai YB Viral.
Berdasarkan siaran langsung sebuah poral berita, calon PH, Muhammad Danish Zainudin kini mendahului calon lain dengan memperoleh 595 undi setakat pukul 7 petang tadi.
Sementara itu, Norhizam meraih 71 undi meskipun sebelum ini yakin mempunyai peluang 80 peratus mengekalkan kedudukannya yang sebelum ini bertanding atas tiket PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Calon Barisan Nasional (BN), Kalsom Noordin pula meraih 393 undi manakala calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Azrudin Md. Idris dengan 214 undi dan Calon Putra, Mohd. Aluwi Sari dengan sembilan undi.m – UTUSAN ONLINE