PETALING JAYA: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ab. Rauf Yusoh kembali mendahului di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dengan memperoleh 1,303 undi setakat pukul 7.30 malam tadi.
Berdasarkan sebuah portal berita, DUN itu menyaksikan pertembungan sengit antara Abd. Rauf dengan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang memperoleh 1,255 undi.
Calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hasan pula mendapat 138 undi. – UTUSAN ONLINE