Melaka mengundi: Pas tewas semua kerusi - Utusan Malaysia

Melaka mengundi: Pas tewas semua kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pas tewas di semua lapan kerusi ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekali gus mengulangi kekalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Misi parti itu yang menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dan menumpang populariti ‘Abah’ atau Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berhasil.

Perkembangan itu memberikan tamparan hebat kepada Pas yang dilihat enggan bekerjasama dengan UMNO dan BN dalam PRN Melaka.

Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sidek juga tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN