PETALING JAYA: Calon termuda Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Farzana Hayani Mohd. Nasir, 21, ketinggalan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, setakat 7.20 petang tadi.
Berdasarkan sebuah portal berita, calon Pakatan Harapan (PH) itu memperoleh 626 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Siti Faizah Abdul Azis dengan 1,899 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Jefri Safry pula memperoleh 1,353 undi manakala calon Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Nazatul Asyraf Md. Dom dengan 45 undi.
Farzana Hayani adalah calon termuda dalam pilihan raya negeri itu dan kini masih menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. – UTUSAN ONLINE










