Melaka mengundi:  BN-PH sengit di Duyong (tidak rasmi) - Utusan Malaysia

Melaka mengundi:  BN-PH sengit di Duyong (tidak rasmi)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bersaing sengit di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong selepas kedua-dua calon di DUN itu hanya dipisahkan dengan satu undi.

Setakat ini, calon BN, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem mendahului dengan jumlah undi sebanyak 4,259 manakala calon PH, Damian Yeo Shen Li mengumpul 4,258 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Kamarudin Sidek daripada Pas ketinggalan jauh dengan hanya mengumpul 2,692 undi setakat ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Damian memenangi kerusi itu dengan majoriti 2, 895. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN