Melaka memilih: Shamsul Iskandar ‘kalah teruk’?  - Utusan Malaysia

Melaka memilih: Shamsul Iskandar ‘kalah teruk’? 

SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin dijangka tidak dapat mengekalkan kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput.

Setakat pukul 8.30 malam, Shamsul Iskandar hanya mengumpul 1,684 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rais Yasin yang mengumpulkan sebanyak 2,204 undi.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Fariz Izwan Mazlan mengumpulkan sebanyak 1, 246 undi.

Calon Bebas, Mejar Jaini Dimon kumpul sebanyak 22 undi dan calon parti Putra, Mohd Hashidi Mohd Zin mengumpulkan sebanyak 33 undi.

Pada pilihan raya umum yang lalu, kerusi DUN Paya Rumput dimenangi Mohd Rafiq Naizamoheedin mewakili PKR dengan 12,102 undi. – UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN