fbpx

26 Januari 2022, 6:50 am

  TERKINI

Mekanik maut disyaki bakar diri dalam Proton Wira

PROTON Wira milik mekanik berusia 34 tahun yang terbakar di jalan pintas Kampung Gong Kassim-Pulau Rusa di Merchang, Marang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang mekanik ditemukan terbakar bersama Proton Wira miliknya dipercayai kerana membunuh diri dalam kejadian di kawasan pinggir kebun getah di jalan pintas Kampung Gong Kassim-Pulau Rusa di Merchang di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu menyebabkan lelaki berusia 34 tahun berkenaan melecur hampir 80 peratus.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak itu bagaimanapun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, pada pukul 5.30 pagi ini.

Katanya, berdasarkan maklumat ahli keluarga, mangsa difahamkan mengalami masalah tekanan jiwa yang serius sejak lapan bulan lalu, namun enggan mendapatkan rawatan walaupun sudah diarahkan doktor.

“Keluarga tidak menolak kemungkinan mangsa membeli minyak lalu mencurahnya dalam kenderaan sebelum membakar diri.

“Mereka juga yakin tiada pihak lain terlibat dalam kejadian kebakaran itu, sebaliknya dilakukan oleh mangsa sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zain berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat akan dilakukan pada hari ini.

POPULAR

KOSMO! TERKINI