Mayat nelayan hilang ditemukan terdampar di Pantai Tanjung Agas - Utusan Malaysia

Mayat nelayan hilang ditemukan terdampar di Pantai Tanjung Agas

MAYAT nelayan yang dilaporkan hilang di muara Kuala Pahang ditemukan di pantai Tanjung Agas di Pekan, Pahang. -  IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Kehilangan seorang nelayan yang dipercayai terjatuh daripada botnya di muara Kuala Pahang sejak petang semalam, terjawab apabila mayatnya ditemukan terdampar di pantai kira-kira pukul 5.50 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, mayat Mohd. Rashid Nawang, 42, dijumpai di Pantai Tanjung Agas lebih kurang tiga kilometer dari lokasi botnya di laporkan ditemukan di muara Kuala Pahang, pagi tadi.

Menurutnya, mayat mangsa ditemukan anggota bomba dan beberapa orang awam yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut.

“Ketika ditemukan, mangsa lengkap berpakaian dan pemeriksaan awal keadaan mayatnya dalam keadaan baik.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Pekan untuk tindakan lanjut sebelum dituntut waris,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, bot mangsa dijumpai rakan-rakan nelayan di kawasan muara berdekatan rumah api dan benteng pemecah ombak kira-kira 500 meter daripada jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN