Lelaki Rohingya ditemukan mati lemas, rakan masih hilang - Utusan Malaysia

Lelaki Rohingya ditemukan mati lemas, rakan masih hilang

MAYAT lelaki Rohingya yang ditemukan lemas di tali air di Kampung Pulau Bidin, Pokok Sena, Alor Setar malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lelaki Rohingya ditemukan lemas manakala rakannya dipercayai daripada etnik sama masih hilang selepas motosikal dinaiki mereka terbabas ke dalam tali air di Kampung Pulau Bidin, Pokok Sena dekat sini kira-kira pukul 8 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berkaitan kejadian pada pukul 8.16 malam.

Jelas beliau, seorang mangsa yang dikenali sebagai Mohamad Rofiq Mohd. Shah Alam, 26, diselamatkan orang awam sebelum anggota bomba tiba.

“Namun anggota perubatan yang tiba mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang itu di tali air sedalam kira-kira tiga meter itu disambung hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN