Lelaki curi tiang besi, kabel ditahan kurang 24 jam - Utusan Malaysia

Lelaki curi tiang besi, kabel ditahan kurang 24 jam

TANGKAP layar rakaman video tular seorang lelaki mencuri tiang besi dan kabel di Manjoi, Ipoh, Perak. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki diberkas polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas dipercayai terbabit dalam kes curi tiang besi dan kabel di Manjoi, dekat sini semalam.

Lelaki berusia 41 tahun yang mempunyai 11 rekod jenayah lampau itu ditahan pada pukul 12.15 tengah malam tadi di sebuah bangunan kosong di Manjoi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek ditahan susulan laporan dibuat seorang lelaki pada pukul 9.16 malam tadi.

Katanya, bertindak atas laporan tersebut, polis mengesan dan menangkap suspek serta merampas beberapa barang kes.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan mempunyai 11 rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah. Hasil siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan itu disekitar kawasan Manjoi dan Jelapang,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek direman tiga hari mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Terdahulu, dua video berdurasi 34 saat dan satu minit lima saat tular di aplikasi TikTok memaparkan gelagat seorang lelaki mencuri tiang besi dan kabel sambil ditegur seorang lelaki. –  UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya