Lee Chong Wei antara penerima anugerah Ijazah Kehormat USM - Utusan Malaysia

Lee Chong Wei antara penerima anugerah Ijazah Kehormat USM

TUANKU Syed Sirajuddin Ibni Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail akan menyampaikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan kepada Datuk Lee Chong Wei 2 Disember ini dalam sidang satu Upacara Konvokesyen ke-58 Universiti Sains Malaysia (USM) di Istana Arau, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Tokoh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bakal menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Upacara Konvokesyen ke-58 universiti berkenaan. 

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, Chong Wei akan menerima ijazah kehormat itu daripada Canselor USM, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dalam sidang satu di Istana Arau, Perlis, 2 Disember depan. 

“Upacara Konvokesyen ke-58 USM akan bermula pada 2 Disember (sidang satu) di Istana Arau dan diikuti dengan sidang kedua hingga ke-10 bermula 13 hingga 21 Disember di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM. 

“Canselor USM telah berkenan untuk mempengerusikan sidang satu  pada 2 Disember di Istana Arau dengan melibatkan penganugerahan kepada lima penerima utama termasuk Chong Wei yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut beliau, selain Chong Wei, Tuanku Syed Sirajuddin akan turut menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Sains kepada Dr. David Lacey yang merupakan tokoh yang telah banyak menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara melalui kepakarannya dalam bidang sains. 

“Penerima lain dalam sidang satu ini ialah Dr. Zhari Ismail yang akan menerima gelaran profesor emeritus manakala bekas Naib Canselor USM, Datuk Dr. Asma Ismail akan menerima gelaran Profesor Emerita. 

“Selain itu, seorang penuntut dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan  Elektronik, Khaw Teng Kang akan dinobatkan sebagai Penerima Pingat Emas Canselor (Pelajar Terbaik Segala Lapangan) dalam sidang satu ini,” katanya. 

Dalam pada itu katanya, sejumlah 5,964 graduan akan menerima ijazah masing-masing termasuk ijazah tinggi (Ph.D dan sarjana sebanyak 1,899), ijazah sarjana muda (4,031) dan Diploma Kejururawatan (34). 

“Upacara konvokesyen ini akan dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. 

“Hanya graduan yang lengkap dua dos vaksin sahaja dibenarkan menyertai upacara konvokesyen pada kali ini manakala untuk sidang dua hingga sidang ke-10 di DTSP, penganugerahan ijazah-ijazah akan dijalankan secara satu sesi setiap hari,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.