KWSP lancarkan i-Sayang, i-Lindung - Utusan Malaysia

KWSP lancarkan i-Sayang, i-Lindung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemudahan i-Sayang akan dilancarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku pertama 2022 dalam usaha berterusan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Memetik laporan Bernama, Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, inisiatif tersebut akan membolehkan pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

Selain itu katanya, satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan ialah i-Lindung, yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

“Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.

“Kami juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli boleh memaksa majikan meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang diadakan secara maya dan fizikal hari ini.

Persidangan selama dua hari itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya