“Kongsi beli pengikut, kau separuh, aku separuh” -Sakarstik Zahiril ‘ajak’ Amerul Affendi beli pengikut di Shopee - Utusan Malaysia

“Kongsi beli pengikut, kau separuh, aku separuh” -Sakarstik Zahiril ‘ajak’ Amerul Affendi beli pengikut di Shopee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Amerul Affendi, tampil memberi reaksi berhubung kriteria yang diletakkan oleh sebuah syarikat penyiaran ternama, yang hanya ingin mengambil pelakon yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram.

Menerusi entri Instagram, pelakon filem popular Polis Evo itu memuat naik satu coretan ringkas menerusi perkongsiannya di platform berkenaan.

Menurut Amerul, dia mempersoalkan penerbit dan stesen televisyen yang terlalu mengutamakan jumlah pengikut di Instagram.

“Selagi penerbit yang ikut sahaja kehendak stesen, selagi itulah kau perlu mencari hero dan heroin yang mempunyai sejuta pengikut.

“Bukan salah stesen televisyen itu sahaja eh, salahkan kipas,” coretnya ringkas di Instagram.

Menjengah di ruangan komen, pelakon Zahiril Adzim turut meluahkan dengan memberi reaksi berbaur sindiran.

“Oleh itu, marilah tong-tong (berkongsi) membeli pengikut. Mungkin di Shopee ada jual.

“Kau separuh, aku separuh,” sakarstik Zahiril menerusi ruangan komen tersebut.

Selain itu, rata-rata warganet dan rakan artis yang lain juga turut melontarkan pelbagai reaksi berhubung dengan isu berkenaan menerusi perkongsian pelakon terbabit.

Sebelum ini, pelakon Iedil Putra, Sharifah Amani, Bront Palarae serta Tony Eusoff juga tidak ketinggalan melontarkan komen berhubung isu yang hangat ini, menerusi ruangan ciapan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya