Kenderaan bekas MB Terengganu, anak dilanggar penuntut kolej - Utusan Malaysia

Kenderaan bekas MB Terengganu, anak dilanggar penuntut kolej

AHMAD Said (kanan) selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 85, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Dungun semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Kenderaan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said terlibat kemalangan di Kilometer 85, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang, Ahmad bersama anaknya Muhammad Asyrol Farhan, 25, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kemalangan  dikatakan berlaku apabila kereta Audi dinaiki dua beranak itu dilanggar Perodua Axia yang dipandu pelajar kolej berusia 21 tahun. 

“Pelajar itu terlanggar bahagian belakang kenderaan Ahmad yang berhenti di persimpangan lampu isyarat berdekatan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). 

“Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dan kemalangan hanya melibatkan kerosakan kenderaan sahaja,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Baharudin berkata, kes diklasifikasikan sebagai Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya