Keluarga rayu gadis 15 tahun pulang segera  - Utusan Malaysia

Keluarga rayu gadis 15 tahun pulang segera 

KELUARGA Rabiatul Adawiyah Rosli, 15, merayu gadis berkenaan kembali ke pangkuan keluarganya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: “Kalau nak diikutkan, memanglah malu nak beritahu semua orang (adik hilang). Tapi, nak buat macam mana. Ini sahaja cara untuk pujuk dia kembali ke pangkuan keluarga.” 

Itu kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Betty, 27, kepada Utusan Malaysia berhubung kehilangan adik perempuannya, Rabiatul Adawiyah Rosli, 15, yang tinggal di Taman Cempedak, di sini sejak Ahad lalu. 

Menurut Betty, walaupun remaja tersebut adalah adik tirinya kerana berlainan bapa, hubungan mereka berdua  akrab sebelum ini. 

Katanya, mereka sekeluarga percaya bahawa Rabiatul Adawiyah hilang selepas dimarahi oleh bapanya tempoh hari. 

“Sepanjang dia hilang, saya dan ibu ada menerima beberapa panggilan telefon daripada orang ramai yang kononnya ternampak adik saya dengan lelaki lain. 

“Saya tahu dia mempunyai teman lelaki dan telah menghubungi lelaki tersebut, namun dia (lelaki berkenaan) menafikan dia melarikan adik saya,” katanya yang memberitahu, laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian itu. 

Jelas Betty, dia amat berharap adiknya segera pulang ke pangkuan keluarga secara baik dan tidak mahu perkara itu dipanjangkan lagi. 

“Kami juga percaya dia masih berada di Pulau Pinang ketika ini,” katanya yang boleh dihubungi menerusi talian 01164874596 jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan kehilangan tersebut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN