ALOR SETAR: Keputusan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Kedah meninggalkan parti itu semalam didakwa tidak memberi kesan terhadap kekuatan parti itu di negeri ini dan peringkat nasional. Setiausaha Putra Kedah, Syed Hairoul Al-Yahya berkata, ketika ini masih ada lagi ahli jawatankuasa yang terus istiqamah dengan perjuangan parti dengan penuh ikhlas. Menurutnya, apa yang lebih penting semua pihak dalam parti itu perlu fokus untuk berkhidmat dan berbakti serta…