fbpx

Kejayaan ini cukup manis – Shukor

SHUKOR Adan menutup karier bola sepak secara profesional dengan bergaya apabila KL City menjuarai Piala Malaysia 2021.- IHSAN KLFA

KUALA LUMPUR : Persaraan pemain berpengalaman Kuala Lumpur City (KL City) Shukor Adan sebagai pemain professional negara, berakhir dengan kemanisan apabila pasukan menjulang Piala Malaysia.

Kejayaan itu hadir, selepas skuad The City Boys menjinakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

“Saya dengan ini mengumumkan persaraan sebagai pemain di Liga Malaysia. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang 24 tahun bergelar pemain.

PEMAIN KL City meraikan kemenangan selepas menewaskan JDT 2-0 dalam saingan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.- UTUSAN/FARIZ RUSADIO

“Kejayaan ini cukup manis buat saya sebelum menutup buku sebagai pemain,” katanya selepas tamat perlawanan, sebentar tadi.

Lebih manis, kejayaan dikecapi KL City selepas 32 tahun menanti trofi tersebut selepas klai terakhir Kuala Lumpur menjulang trofi berprestij berkenaan pada tahun 1989.

Dalam pada itu Zhafri Yahya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan pada malam itu.

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!